(eBook) How to Be a Good Safety and Health Officer (SHO) & Himpunan Petikan Kata-Kata Hikmah

RM35.00

Pekerjaan yang mempunyai pendapatan yang tinggi adalah idaman ramai orang. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) adalah salah satu perjawatan yang boleh memperolehi pendapatan gaji yang agak baik sekiranya ia berada di organisasi yang mempunyai risiko kerja yang tinggi atau mempunyai organisasi dalam berskala yang besar.

Kebanyakan perantis kepada pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) malah ada dikalangan SHO sendiri membuat keputusan untuk bertukar bidang kepada pekerjaan yang lain disebabkan cabaran di dalam industri yang sangat mencabar.

Justeru, buku ini memberikan motivasi dan gambaran awal bagaimana pengamal atau perantis KKP atau calon SHO lebih bersedia menghadapi cabaran di alam pekerjaan KKP. Buku ini memberikan panduan dari segi keperluan undang-undang terhadap kewujudan perjawatan, peranan dan tanggungjawab SHO.

Atas dasar pengalaman, penulis sudi berkongsi apakah keperluan dan persediaan lain yang harus ada dalam seorang pengamal KKP. Lain padang lain belalang. Cabaran kita akan berbeza di setiap sektor pekerjaan. Walaupun begitu, asas kepada sahsiah jati diri dan modal insan yang berilmu adalah sama di mana juga kita bekerja. Berlandaskan asas ini, Penulis berkongsi pengalaman dan mencoretkan apa yang perlu diperkemaskan apabila telah memasuki bidang kerjaya KKP. Semoga dengan adanya buku ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran suasana sebenar dunia pekerjaan KKP.

Category:

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “(eBook) How to Be a Good Safety and Health Officer (SHO) & Himpunan Petikan Kata-Kata Hikmah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *