DYNAMIC
SMART
SERVICES

LATIHAN & PERUNDING Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)

PEMBANGUNAN INDIVIDU DAN ORGANISASI
TENTANG KAMI

DYNAMIC-SMART SERVICES menyediakan Perkhidmatan Latihan berteraskan Perundingan dan Kemahiran bagi Pembangunan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk Individu dan Organisasi. Kami adalah sebuah institusi profesional berteraskan perkhidmatan perniagaan mempunyai pengalaman di dalam industri selama 20 tahun berkaitan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan yang berperanan dalam memberikan konsultansi dan latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) serta menyediakan latihan teknikal dan vokasional (TVeT).

Kami menumpukan kepada Pusat Latihan bagi Pembangunan Latihan dan Kemahiran berdaftar sebagai Penyedia Latihan Berdaftar dengan HRD Corp (Human Resource Development Corporation)/ PSMB(PembangunanSumber Manusia Berhad) dengan no pendaftaran 202103166456.

Syarikat ini tertubuh dengan menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan ekonomi bumiputra bersama-sama rangkaian perniagaan yang berkonsepkan perniagaan rakan niaga yang berteraskan Teknologi, Kejuruteraan dan Perkhidmatan Gunatenaga disamping memiliki kepakaran dan kemahiran berteraskan kepada ‘Teknikal dan Vokasional’ dibantu oleh ‘Sains dan Teknologi’.

VISI KAMI

Menjadi organisasi & rakan pendidikan dalam perkhidmatan serta latihan untuk mendorong dan memberi inspirasi kepada masyarakat melalui akademik, teknikal dan teknologi

MISI KAMI

Bersama-sama membangunkan sahsiah ilmu berkemahiran kepada masyarakat industry dan meningkatkan ekonomi bumiputra  didalam rangkaian perniagaan yang berkonsepkan Rakan Niaga yang berteraskan Teknologi, Kejuruteraan dan Perkhidmatan Gunatenaga disamping memiliki kepakaran dan kemahiran berteraskan kepada ‘Teknik dan Vokasional’ dibantu oleh Sains dan Teknologi’.

OBJEKTIF KAMI

Menjadi antara organisasi yang berdaya saing untuk mendorong dan memberi inspirasi kepada masyarakat melalui akademik, teknikal dan teknologi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik dengan dapat membuka peluang pekerjaan dan melahirkan tenaga-tenaga mahir.

5 TERAS

HEBAT KAMI !!

Strategi Korporat Kami

Memberi pendekatan dan konsep yang berbeza dalam perkhidmatan, pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai objektif akademik, teknikal dan teknologi

PERKHIDMATAN KAMI

Tawaran Kami untuk Perundingan OSH

Occupational Safety and Health

Scaffolding

Scaffolding erection, modification, dismantling and Inspection

Assessment
  • OSH Risk Assessment,
  • Chemical Health Risk Assessment (CHRA-3rd Edition) – USECHH Regulations 2000
  • Noise Risk Assessment
Management System

Establishment of OSH Management System (i.e. OSH Policy, Manual, Procedure, Plan, etc.)

DOSH Approval

DOSH site registration, Hoisting Machine Design Approval and PMA/PMT approval service

Management Plan

Preparation of Project Safety Management Plan, Traffic Management Plan

Labor Supply

Labor Supply for Safety & Health Officer, Site Safety Supervisor and OSH Coordinator

LATIHAN & PERUNDINGAN

Tawaran Kami untuk Pembelajaran dan Latihan

PELAKSANAAN PROGRAM BERTAULIAH YANG DITAWARKAN

berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JKP), Kementerian Sumber Manusia.

Program di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Our Amazing Clients:

(eBook) How to Be a Good Safety and Health Officer (SHO) & Himpunan Petikan Kata-Kata Hikmah

Terbitan Pertama 2022 (Cetakan edisi e-buku) ©Hak Cipta (e-buku) e ISBN 978-629-96907-0-2

Detail Ringkasan Buku:

Pekerjaan yang mempunyai pendapatan yang tinggi adalah idaman ramai orang. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) adalah salah satu perjawatan yang boleh memperolehi pendapatan gaji yang agak baik sekiranya ia berada di organisasi yang mempunyai risiko kerja yang tinggi atau mempunyai organisasi dalam berskala yang besar.

       Kebanyakan perantis kepada pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) malah ada dikalangan SHO sendiri membuat keputusan untuk bertukar bidang kepada pekerjaan yang lain disebabkan cabaran di dalam industri yang sangat mencabar.

        Justeru, buku ini memberikan motivasi dan gambaran awal bagaimana pengamal atau perantis KKP atau calon SHO lebih bersedia menghadapi cabaran di alam pekerjaan KKP. Buku ini memberikan panduan dari segi keperluan undang-undang terhadap kewujudan perjawatan, peranan dan tanggungjawab SHO.

       Atas dasar pengalaman, penulis sudi berkongsi apakah keperluan dan persediaan lain yang harus ada dalam seorang pengamal KKP. Lain padang lain belalang. Cabaran kita akan berbeza di setiap sektor pekerjaan. Walaupun begitu, asas kepada sahsiah jati diri dan modal insan yang berilmu adalah sama di mana juga kita bekerja. Berlandaskan asas ini, Penulis berkongsi pengalaman dan mencoretkan apa yang perlu diperkemaskan apabila telah memasuki bidang kerjaya KKP. Semoga dengan adanya buku ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran suasana sebenar dunia pekerjaan KKP.

Hubungi kami melalui telefon atau email,

Pegawai kami akan respon kepada anda secepat mungkin!